Tuesday, 30 September 2014

Jenis-Jenis Kerepek Tempe



5 jenis perasa kerepek tempe:
  • Original
  • Sira Pedas
  • Bersalut Tepung
  • Berempah
  • Sagu

Saturday, 27 September 2014

Pembungkusan Kerepek Tempe yang sedia ada



Dalam kajian ini mendapati pembungkusan produk kerepek tempe pada masa kini memperlihatkan pembungkusannya yang bersifat tradisional, tidak mempunyai label dan tiada penggunaan elemen-elemen grafik seperti warna, illustrasi, tipografi, tanda jenama, bentuk, saiz dan maklumat.

Pembungkusan


Pembungkusan merupakan satu konsep yang digunakan untuk melindungi apa jua produk yang memerlukan pembungkusan kerana setiap produk yang dihasilkan perlu dilindungi. Ini adalah untuk menjamin ketahanan serta keselamatan produk tersebut. Sesuatu pembungkusan perlulah mementingkan aspek-aspek kebersihan dalam pemprosesannya. Pembungkusan adalah penggunaan bahan-bahan semulajadi atau bahan buatan manusia untuk membungkus sesuatu produk sebelum ia dipasarkan. Pembungkusan mempunyai daya tarikan tersendiri untuk berkomunikasi dengan pengguna. Ini bermaksud sesuatu yang mempunyai warna, illustrasi, informasi dan juga tipografi yang menarik dan jelas dapat menyampaikan mesej serta menjadi daya tarikan kepada pengguna. Pembungkusan yang dibuat harus memberi gambaran yang jelas tentang produk yang ingin dipasarkan. Pembungkusan sesuatu produk yang baik dapat menarik perhatian pengguna untuk membeli. Oleh itu, dalam pembungkusan sesuatu produk perlu menekankan elemen-elemen grafik seperti warna, illustrasi, tipografi, tanda jenama, bentuk, saiz dan maklumat.

Tuesday, 23 September 2014

Kerepek Tempe



Tempe adalah makanan yang dibuat dari kacang kedelai atau kacang soya mentah yang telah dilembutkan dan dipecahkan atau dihancurkan.Tempe merupakan makanan tradisi masyarakat jawa. Tempe juga begitu sinonim dengan masyarakat johor terutama sekali apabila tibanya musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Tempe kini mula dikomersialkan sebagai kerepek tempe yang mudah dan senang didapati meskipun bukan pada musim perayaan. Kerepek tempe dihasilkan daripada biji soya yang telah menjadi tempe. Proses pembuatannya bermula daripada menghiris tempe daripada saiz yang besar kepada saiz yang kecil dan nipis. Tempe yang telah dihiris akan digoreng. Kebiasaanya minyak yang digunakan untuk menggoreng kerepek tempe akan dicampurkan dengan sedikit garam halus dan bawang. Ini untuk menghasilkan aroma dan rasa kerepek tempe yang lebih wangi dan tahan lama.