Pembungkusan merupakan satu konsep yang digunakan untuk melindungi apa jua produk yang memerlukan pembungkusan kerana setiap produk yang dihasilkan perlu dilindungi. Ini adalah untuk menjamin ketahanan serta keselamatan produk tersebut. Sesuatu pembungkusan perlulah mementingkan aspek-aspek kebersihan dalam pemprosesannya. Pembungkusan adalah penggunaan bahan-bahan semulajadi atau bahan buatan manusia untuk membungkus sesuatu produk sebelum ia dipasarkan. Pembungkusan mempunyai daya tarikan tersendiri untuk berkomunikasi dengan pengguna. Ini bermaksud sesuatu yang mempunyai warna, illustrasi, informasi dan juga tipografi yang menarik dan jelas dapat menyampaikan mesej serta menjadi daya tarikan kepada pengguna. Pembungkusan yang dibuat harus memberi gambaran yang jelas tentang produk yang ingin dipasarkan. Pembungkusan sesuatu produk yang baik dapat menarik perhatian pengguna untuk membeli. Oleh itu, dalam pembungkusan sesuatu produk perlu menekankan elemen-elemen grafik seperti warna, illustrasi, tipografi, tanda jenama, bentuk, saiz dan maklumat.
No comments:
Post a Comment